Thursday, June 25, 2009

Diet dengan Sepenuh Hati

Dulu aku cuba untuk berdiet tapi tak berhasil Begitu sukar untuk meninggalkan makan-makan. Tapi kali ini aku nekad untuk berdiet supaya aku dapat tampil menawan di hari yang bahagia. Aku rasa semua perempuan kat muka bumi ini berfikiran seperti aku tang bab ni.

Sebenarnya aku tak berapa percaya dengan hasil diet ni. Ialah seksa bukan main sewaktu berdiet tapi yang turun hanya 1 kg, 2kg...tak cukup2x..malas betul, tak kurus-kurus jugak. Tapi ramai dah customer my mom yang selalu datang kedai yang dulu big size sekarang fullamak ramping ooo...Rahsianya, kate merekalah,kan, JANGAN makan malam. Insyaallah dalam masa 3 bulan, nampak perubahan. Aku pun cuba, tapi aku tak puas hati one way only.

Hari Rabu baru ni, masa takde kelas, aku pergi baca newspaper kat bilik kaunseling. Terpandanglah satu berita yang best. Melly Goeslow berjaya menurukan berat badan sebanyak 12 kg dalam masa 3 bulan sahaja. Woow...The secret is :
1) TIDAK MAKAN NASI
2) Exersice

Syarat yang pertama tu cam berat jea...Tapi demi tapil anggun dan menawan di hari bahagia aku redah jugak dengan sepenuh hati..Masuk hari ni, dah 2 hari aku tak jamah nasi. Aku juga nak gi MYDIN MALL cari tali skipping dan alat senaman lain.

Tadi kat makmal sains, sambil tunggu students datang untuk experiment, sempat lagi aku baca majalah Mingguan Wanita. Dapatlah sikit tips untuk turunkan berat badan.

Amalkan :
1. makan buah-buahan/ sayur-sayuran
2. minum air kosong 8 gelas sehari
3. selalu minum jus

Elakkam :
1. gula, daging, minuman berais dan berkarbonat, roti canai dan nasi lemak.

Monday, June 22, 2009

Jodoh Yang Datang Bertimpa-Timpa..



Tahun depan aku akan berusia 28 tahun. Bilakah masa yang sesuai untuk melengkapkan hidup ini? Bila berusia 29, 30, 34..arghh. Seboleh-bolehnya aku tak mahu di usia tersebut aku masih belum kahwin. So, aku pun berniat, by hook or crook, next year i must kahwin. Dengan siape, i have no idea..Usu tanya soalan tu, aku jawab, "gamble, jelah". Semudah itu aku menjawab kerana semudah itu juga aku berfikir.

Persoalan yang sama juga aku sembangkan dengan Cik Yan, sahabat UTMKL yang mengajar di Sek.Teknik.Miri. Batch UTMKL, cuma tinggal kami (muslimat) 6 orang sahaja belum settle. Sedangkan sahabat yang lain sudah mempunyai anak 2, 3. Cik Yan pun berstuju dengan aku, next year mesti settle. Begitu juga Neda.

Rupa-rupanya bila kita berniat, Allah tolong mempermudahkan urusan kita. Dalam minggu ni jea, 3 orang masuk bertanya. Aku on jea yang mana satu, asal baik, semayang bang, ok arghh. +++ hensem, puteh, otak bussines.(lebih-lebih pulak aku ni).

Dalam soal jodoh aku ni, mak aku yang ke hadapan.(advance,lah kiranya). Asyik sengih-sengih jea sejak nak dapat menantu. Aku?? Rileks jea...

Hopefully next year jadilah. Insyaallah...Aku doakan sahabat-sahabat aku juga agar cepat bertemu jodoh. I love you guys..

Thursday, June 18, 2009

Kes buli di sekolah aku..




Tak sangka betul, kat sekolah aku ngajo ni terjadinya satu kes buli yang amat teruk. Pelajar yang kena buli tu (tingkatan 1) dimasukkan ke hospital kerana telah menelan antibiotik (banyak) berikutan tertekan dibuli oleh pelajar-pelajar lain.

Pelajar yang dibuli ialah Aiman dari tingkatan 1S2. Pelajar tersebut merupakan ketua kelas dan menurut pandangan aku, dia seorang pelajar yang baik dan tak banyak cakap. Tapi tulah, yang menghairankan dia dikatakan mencuri handset pelajar tingkatan 5.

Bila pelajar lain dapat tahu, especially tingkatan 6 , mereka telah memanggil kesemua pelajar lain untuk memukul Aiman. Ada yang pukul dengan penyapu, kasut, yang terajang, tumbuk dan sebagainya.

Kerana tertekan, Aiman telah mengambil antibiotik untuk membunuh diri. Ya ke membunuh diri? Tu ayat warden, Kak Ira. Nasib baik tak ambil pain killer, kalau tak out terus. Nauzubillah...

Kebanyakan guru yang terlibat seperti warden dan pihak pengurusan berada dalam keadaan tertekan sekarang. Tu belum lagi masuk kes parents nak jumpa pengetua sebab warden tindih dan tonyoh kepala sewaktu rampas handset. Pengetua pulak hari ni bad mood gila. 7.15 pagi tadi dah tunggu kat pintu pagar sekolah. Nasib baik aku awallah jugak. Pengetua yang ada angin kus-kus ni, jangan buat main.

Semoga kes-kes yang banyak berlaku ni, dapat diselesaikan dengan baik. Amin..

Tuesday, June 16, 2009

Pelajar Kelas IS3

Perempuan-Umi, Erra, Anis, Amira, Atikah, Fatiekah, Fatin, Azlina.
Lelaki-Azizi, Azwan, Naqib, Al-Imran, Nasha, Aiman, Mohammad, Amirul, Asyraf, Hisham, Hafizuddin, Fatah@avatar, Hafis...(tak ingat dah yang lain).

Kelas nilah yang paling ramai pelajar, memang nak kena selalu kuatkan semangat bila nak masuk kelas ni. Bila dah ramai ni,pelajar tak berapa nak boleh tumpukan perhatian pada pembelajaran sebab ada jea yang jadi pengacau, sibuk nak sembanglah dan sebagainya. Nak kawal kelas pun leceh.

Bukan senang nak tarik perhatian diorang ni, berpeluh-peluh dibuatnya. suara kena lantang nak lawan kebisingan diorang. Pastu cara ngajor kena menarik, kalau tak hampeh..silap-silap kita ni cam tunggul kayu jea kat depan.

nak tahu seseorang cikgu tu puas atau tak mengajar, sila lihat masa dia keluar kelas. kalau dia senyum, memanglah dia berpuas hati dengan pengajarannya. kalau masam jea, mengeluh..haa tu tandanya pelajar tak mendengar cikgu tersebut.

bukannya senang jadi guru zaman sekarang..payah yang amat!!silap-silap sakit jiwo kauuu...hee..hee..tapi yang menarik pun ada, tertarik dengan kerenah budak yang kadang-kadang menggelikan hati (kalau kena caralah..).

agak-agaknya pa pilihan korang bila dapat peluang jadi cikgu?
A) Cikgu Yang Garang
B) Cikgu Yang Sporting (boleh bergurau, bertolak-ansur, dan anggap pelajar cam anak/ adik sendiri)

Monday, June 15, 2009

FAMILY DAY AT T.E.R



Dari kiri : Nurul, kak suti, yati, Dil.


Masyaallah naik kuda dia ni...unbelieveable2x..

K.Ma (tudung hitam) : korang semua pandai main dok ni?
K.Suti (tudung hijau) : bakpe, mu ingat aku dok pandai? aku juara kat Perak dulu.
Yati : 10 kg..7 kg..10 kg..7 kg..aku amik bola 8 kg arghh..


haa, nilah penginapan kami, Puddock Inn (TER) Rm 140 jea semalaman plus horse riding and bowling.Oklah..


huk aloh..besarnye spek mate Yati hoh..(Yati, jangan maroh deh..he..he..he..)