Memerhati kehidupan sekeliling dengan penuh minat tak kira tingkahlaku manusia mahupun haiwan...
Sunday, July 12, 2009
Siape kentut???
Semalam sewaktu aku tengah mengajar Sources of energy dalam kelas 1S2, tiba-tiba..."wei busuknyo, sape kentut nih??? ", jerit Syikin sambil menutup hidung. Pelajar-pelajar yang lain serentak menutup hidung...Kelas jadi kecoh seketika sambil masing-masing menuduh antara satu sama lain, siapakah yang mengeluarkan gas berbau busuk itu ...Masing -masing tidak mahu mengaku...Ni peluang baik untuk selingan nih, maka aku pun mengeluarakan handset dan mula membaca..."Dengar, dengar semua...",aku bersuara.
Kategori-kategori orang :
1- tak jujur = orang yang kentut tapi salahkan orang lain.
2- bengong = orang yang tahan kentut berjam-jam
3- yakin diri = orang yang kentut dengan lantang
4- sadis = orang yang kentut dalam selimut lalu dikibaskan baunya
5- strategik = orang yang sembunyikan bunyi kentut dengan ketawa kuat-kuat
6- misterius = orang yang kentut tapi tak dapat dikesan
7- gugup = tiba-tiba kentut apabila disergah
8- periang = kentut pelan-pelan pastu senyum sorang-sorang
ha! senyum sorang-sorang ni.., kentut yea.
Subscribe to:
Posts (Atom)