Sunday, August 14, 2011

ABN 2



Lalala..ada 1 lg kisah yg mane aku telah mempengaruhi org utk ponteng. Thn 2010, aku mengajo di sebuah sekolah daerah setiu. Tup2, jumpa blik senior mase sek menengah dlu. Apalagi, seronoklah kitorang gebeng. Last2, kitorang jadi sgt baik.
Da suatu hari, kitorang membincangkan isu2 hangat di sekolah (bahasa molek utk bergosip). Kitorang duk kat meja paling t'sembunyi. Slow2 jea bunyi, maklumlah takut org lain pasang telinga. Punyalah syok berbincang, tak tersedar masa u meeting. Pura2 lupa sebenarnya.
Pandang kiri pandang kanan. Semua org dah xde. Tinggal kitorang berdua jea. Baik punya. Apalagi otakku yg canggih ni telah mencadangkan agar kitorang tak masuk meeting a.k.a balik terus. Elok jea kitorang nak amik beg tangan, tiba2 terdengar suara akak yg paling laser kat sekolah tu. Apalagi kitorang terus bersembunyi kt bawah meja tempat kitorang berbincang tadi. Memandangkan masa meeting sudah berlalu setengah jam, tak logik untuk bagitau die kitorang terlambat.
Terdengar suara die yg nyaring tu duk tanya2 kalau masih da org yg belum naik ke tingkat atas. Kitorang hanya menahan nafas. Member kat sebelah ni, berdebar2. Aku rase nak ketawa pecah perut.
Tiba2 lagi adalah pulak student datang hampir ke tempat meja persembunyian kitorang. Cari barang. Aduh, dah lah akak yang laser tu still ada kat situ. Kalau budak tu nampak, musti dia tanya apa cg2 yg comel ni buat kat bawah meja. Dhalah bawah meja sempit, senmbunyi 2 orang lak tu. Bukan main lagi kitorang mengecilkan body kitorang yang tak berapa nak kecil ni.
5 minit berlalu. Memberku kat sebelah x henti2 berdoa agar budak dan akak mulut laser tu keluar dari bilik guru. Kalaulah akak mulut laser tu jumpa kitorang sembunyi x mau g meeting, alamaknya kitoranglah pulak kena gossip. Aku pun gelabah jugak, tapi buat macho jea. Masih mampu tersenyum.
Bila 2 makhluk asing tu berlalu, kitorang sepantas kilat amik beg tangan, hidupkan enjin kete dan terus blah. Klako bila diingat kembali..Aku seronok.

ABN/ Aku Budak Nakal



La3x..tiba2 teringat peristiwa yg m'yebabkan aku tersenyum sorang2..Kalau org lain tgk, musti igt aku giler. Well, msa aku first year kat UPM, aku duk seroom ngn junior nama Yana. Nama pun cam adik aku daa..Dia ni budak Kelate, dlu Form Six. Kecik molek orangnya. Dia nie quite klako,lah. Sebab org first time duk KL.. Aku dah 4 tahun duk KL campur extend masa dip. Rezeki akulah duk lama KL.
Ada 1 night 2, msa aku tengah study. Tiba2 lampu padam serentak dengan itu bunyi loceng kecemasan. Memang bingit,lah. Aku dah tahu dah, benda ni. Dah pernah alami kat UTMKL dlu. Aku pun carik lilin, sambung study blik (konon2lah study, result hampeh jgk).
Nak dijadikan cerita si Yana ni tengah tido. Dia pun dalam keadaan terpinga2 dan terkojut bangun. Keadaan dalam bilik quite gelap, bunyi orang berlari turun bangunan bising giler. Ada gak orang ketuk pintu suh keluar bilik. Aku enggan.. Kacau org nak study jea..cewah.
Si Yana ni ajak aku keluar. Aku cakap x yah. Diorang buat latihan kebakaran jea tu. Muka Yana dah pucat, kalau toreh ngan pisau pun tak berdarah rasenya. Dia punyalah takut, berlegar-legar dalam bilik. Aku rasa dia mengigil. Beberapa kali dia tanya aku bagaimana kalau bangunan memang sedang terbakar.
Aku pulak tengok keadaannya begitu, hilang kemachoan aku. Aku yakinkan dia bahawa itu memang latihan semata-mata. Padahal confident aku pun dah hilang separuh sebab kelakuan dia.
10 minit berlalu bila semua student mula naik ke bilik masing2. Kan dah cakap, latihan jea..Si Yana ni berkali-kali bagitau betapa nalirnya dia. Tak pernah aku lihat muka sesorang pucat sampai begitu.. Dalam hati aku pun naik takut. Apalah aku ajar budak2 perkara yang tak sepatutnya..Tapi aku seronok..
nalir - berdebar-debar (bahasa Kelate)