Monday, February 21, 2011

NAK JADI MACAM HENRY FORD







Ada beberapa alat yang aku nak reka tapi tak pandai. only got the idea.



1- Rokok Penyelamat - okay, memandangkan rokok-rokok yang ada kat pasaran membahayakan kesihatan, so aku nak cipta rokok yangmana kandungan dalam rokok selamat. Mesti risau rasa tak sama cam rokok sediaada,tapi haa itu tugas saintis nak buat acuan dier.



2- Penapis Kentut Lembu - kat New Zealand, kalau lembu kentut tuan dier kena saman,so aku berpendapat kalau dapat cipta satu penapis kentut lembu ygmana akan menukarkan gas metana + carbon dioksida (=kentut lembu) kepada oksigen. Makanya tak ada lagi udara tercemar. Cool tak ?!! Boleh imagine dah..

3- Sut Renang - Seksa sangat tengok penyelam duk angkut tangki gas oksigen sewaktu menyelam. Bukannya ringan, berat tuu..lam 8 kilo lebih kurang. So, ideanya sut renang tu kita reka satu saluran yang mana dapat menukarkan air kepada oksigen. Dapatlah di sedut oleh penyelam. Nak duk lama dalam laut pun takpe, tak perlu risau tentang kehabisan gas. ( Air = H2O --> O ). Macam mana nak buat, saintis jugak yang kena pk.

why aku nak jadi cam Henry Ford, sebab masa zaman die ni, dia ada duit n idea tapi tak tahu camne nak operasikannya iaitu penciptaan 8 blok enjin. So, dia upah para saintis, walaupun makan masa selama 1 tahun lebih. Walaupun saintis said no, die tetap paksa sampai ianya betul-betul menjadi.

Sunday, February 20, 2011

RABIATUL ADAWIYAH & HASSAN AL BASRI




PENDUKUNG WATAK :

RABIATUL ADAWIYAH - NURUL ELFIRA LOY
HASSAN AL BASRI - AHMAD MUHAMMAD

SINOPSIS

Kisah ketabahan yang dilalui oleh dua adik-beradik semenjak kehilangan kedua orang tua mereka akibat kemalangan. Arwah ayah mereka telah berpesan agar mereka berdua berpegang teguh pada ajaran Islam. Pelbagai cabaran dan dugaan menimpa mereka. Mereka juga tidak di sukai oleh orang kampung. Mampukah mereka berdua berpegang pada pesanan arwah ayah mereka? Dalam kekalutan mereka melayari hidup, salah seorang dari mereka telah kembali ke rahmatullah.

RABIATUL ADAWIYAH
Seorang anak gadis yang ayu, bersopan-santuh, lemah lembut tetapi tegas dan bertudung. Cuba buat yang terbaik agar dapat memenuhi pesanan ayahnya.Selalu melindungi adiknya. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.

HASSAN AL BASRI
Seorang kanak-kanak yang mudah terikut. Selalu lupa dengan pesanan ayahnya. Dia juga berusaha melindungi kakaknya.

RIDHUAN
Sama usia dengan RA, seorang anak muda yang wara'. Mengambil berat perihal RA dan adiknya.

HASANAH
Cemburukan RA kerana Ridhuan mengambil berat hal RA. Sebenarnya dia suka pada Ridhuan.

p/s : camne nak tulis skrip nih ??

KOMPLOT KE GUA BATU

19 FEBRUARI 2011 ( 2700 )
DI RUMAH NORMAH

Bunyi alunan lagu 'Pergilah Ayu' dendangan kumpulan Fabulous Cat dari handset mengejutkan Normah. Laptop yang sedang digunakannya ditolak ke tepi.
" Hello..", Normah berhati-hati.
" Cepat datang ke mari, polis tangkap Norman..", perlahan suara ibu Normah seolah-olah berbisik.
Secepat kilat Normah bangun dari katil dan mencapai tudung.
" Normie..bangun, ma suruh kita gi kedai. ", Normah mengetuk pintu bilik adik bongsunya.
" Arghh..malaslah, orang tengah tidur ni! ", Normie marah tidurnya diganggu.
Normal sebal dengan sikap adiknya yang tidak mahu bekerjasama.
" Bodoh punya orang ! Tak pernah tengok cerita Wonderpet ke ? ", gerutu Normah dalam hati.

Normah menunggang motosikal ke kedai ibunya. Bunyi enjin motosikal Normah yang seperti bunyi enjin motobot memecah keheningan. Sewaktu Normah hampir dengan Pejabat Pos dia ternampak 4-5 orang pakcik-pakcik duduk melepak. Normah mengagak mereka adalah ahli Rukun Tetangga. Pakcik-pakcik yang berada di situ hairan melihat seorang gadis menunggang motosikal tidak berlampu menggalas beg pada pukul 3.00 pagi.

" Mesti pakcik-pakcik tu ingat aku ni lari dari rumah..", Normah tersenyum.

19 FEBRUARI 2011 ( 2715 )
DI KEDAI IBU NORMAH

Ibu Normah membuka pintu kedai apabila nampak Normah datang menaiki motosikal cabuknya.
" Ce cite..ce cite..", tanpa sempat menarik nafas Normah terus bertanya.
" Ma tak sedar pun bila masa polis-polis tu masuk ke dalam kedai..", ibu Normah memulakan cerita.
" Ma tersedar bila rasa silau cahaya lampu suluh. Tengok-tengok Norman dah di gari. Ma rasa dia tak tidur lagi masa polis datang. Mungkin dia dengar bunyi bising kat belakang, dia gi tengok, terus kena pegang dengan polis. ", cerita ibu Normah.

" Camne reaksi Norman, ma ?
" Dia senyap jea, tak kata apa pun. "
" Ma, Normah rasa kasihan pula bila dia jadi macam ni ..", Normah sayu.
" Biarlah, Nor..ini untuk kebaikan dia jugak.", ibu Normah menenangkan Normah.

18 FEBRUARI 2011 ( 1030 )
DI KEDAI IBU NORMAH

Tiga kali bunyi nada dering lagu 'Pergilah Ayu ' bergema. Normah hanya melihat nama yang tertera, dengan tenang dia menaip mesej. Sebenarnya dia cuba berlagak tenang.

" Sila mesej saya, adik saya ada di sebelah. "
" Ok, kejap lagi kita jumpa. " Balasan mesej.
Normah menjeling ke arah adiknya, Norman yang leka menonton cerita 'Spider-man' lakonan Tobey Macguire dan Kristen Dust.

" Ma, Nor nak balik dah ni. Lagipun si Normie pesan belikan nasi lemak untuk dia.", Normah mula mencari alasan untuk keluar dari kedai.
" Tidurlah kat sini, Long..",Norman mengajak Normah.
" Bukan aku tak mahu tidur kat sini tapi kesian pulak kat si Normie tidur sorang-sorang kat rumah. Takpelah, kau tidurlah dengan ma kat kedai ni.
" Long, kalau ada orang tanya aku ada kat mana ? Mu jawab mu tak tahu aku ada kat mana. Jangan bagitau siapa-siapa pun aku tidur kt sini, neh ..", Norman semacam merayu.
" Ok." Normah berlalu pergi.
Adakah pengkhianatan ini akan dimaafkan ???!!!

bersambung...