Wednesday, June 23, 2010

Mai's Wedding




My Best Friend's Wedding-Maizurina Mohamad

I lost contact with her. Actually not really lost contact but when we have our personal life we ignore each other.It's me..So, last month on school holidays, i received sms from Neda. She asked me to go to the Mai's wedding. I'm not suprised because i know Mai was ready for that 'thing' since from the campus.

Of course, i will go to her wedding. She is my best friend at UTMKL. I drove to the Kuala Krai, Kelantan. Her mother so suprised when she looked at me. 6 years we didn't met.

Mai still funny like before. When i went to 'bilik pengantin', she was maked-up by mak andam. She closed her beautiful eyes and said, "sapo tu..sapo tu..tok ce lagi suoro sape..", when her sister introduced me as her old friend. I smiled. She still funny, her husband so lucky.

I felt very happy when i looked at 'pengantin' on 'pelamin'. They liked 'pinang dibelah dua'. May Allah bless our new bride/bridegroom.Congratulation from my bottom heart.

Saturday, May 1, 2010

Kesunyian..


“Roh kita asalnya `dekat’ dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing. Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah” dipetik daripada saifulislam.com

Friday, April 30, 2010

10 TANDA WAJIB BERKAHWIN



1. Sunyi di Hati Walaupun Dikelilingi Ramai Orang (memang pun.., aku selalu jea rase kesunyian sejak 2 menjak nih! nape tah?!!
2. Kehidupan yang Tidak Terurus (bab ni mok aku beleber sokmo, agoknya pas kawin..teruruslah hidup aku, mintok2 gitulah..he..he..)
3. Jiwa Menjurus Kepada Lawan Jantina
4. Hilang Fokus Apabila Wujud Lawan Jantina (sikitlah...)
5. Cemburu Melihat Kebahagiaan Orang Lain (sangat cemburu..cemburu ngan family kak Sidah)
6. Wujud Perasaan Kasih Sayang Terhadap Kanak-Kanak (Ya Allah, hanya Tuhan jea tahu betapa aku suka tengok Fawwaz, anak kak Sidah..rase cam nak belai anak sendiri..)
7. Jatuh Cinta Pada Seseorang (terjatuh cinta pada orang lain, bukan pada tunang sendiri..sape nak jawab tuh !! bengong aku..)
8. Desakan hawa nafsu (cite-cite kat tv banyak unsur-unsur tak senonoh, camne tu..?? patutlah orang tabligh humban tv dalam sungai pun..ada sorang kawan kat UPM, masa kitorang g umah dia kat Putrajaya, heran aku takde tv kat ruang tamu.rupa-rupanya, tv ada kat dalam bilik mak ayah dia.ada time2 tertentu jea boleh tengok tv.Rumah kak Sidah pun takde tv kat ruang tamu)..boleh praktik..2x)
9. Beronani
10. Dorongan Untuk Melakukan Hubungan Intim

Dipetik daripada buku 'Mencari Pasangan Hidup', oleh Ustaz Emran Ahmad.
psttt...aku rase aku kena kawin daa...

Thursday, April 29, 2010

Mengenali sikap dan emosi sendiri..



OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

Bulan-bulan lain..

Sunday, April 11, 2010

Hidup PJK-Pendidikan Jasmani & Kesihatan



Aku sekarang adalh cikgu PJK. Subjek paling tak penting bagi sesetengah orang, tapi bukan bagi aku. Setelah puas mengajar sains, matematik, Bahasa Inggeris dan sivik, aku beralih pula pada subjek yang macam tak sesuai untuk tubuh aku.

Tapi yang tersiratnya, aku dahlah tengah planning nak kuruskan badan. Dapat pula subjek PJK, apalagi aku berPJlah dengan sesungguh hati. Cikgu-cikgu lain selalu puji aku kerana bersungguh, dahlah pakai baju PJK lengkap, sama-sama turut serta berPJ. Padahal diorang tak tahu aku ada motif lain..Seronok giler dapat buat apa yang kita suka, malahan kita dibayar pulak tu. Cam aku ni, aku memang nak bersenam, gaji tetap berjalan. Bak kata Azizi Ali, "sambil menyelam minum air." Aku dah nampak apa yang Azizi Ali maksudkan.Azizi Ali dulu kerja sebagai juruterbang, yang bestnya dia dapat melancong ke seluruh dunia, sedangkan dia dibayar untuk hobinya itu.

Cikgu Mintak Maaf Mek Lin..


Alamak,Mek Lin,lah...Control..control..Dari kejauhan aku ternampak Mek Lin dan kawannya, Azianni. Kenapalah mesti terserempak pagi-pagi buta ni?? Selamber gile jea muka diaa...

Kami bertembung depan toilet pelajar lelaki...Secara spontan aku menghadang jalannya..Kawannya berlalu meninggalkan aku dan Mek Lin. "Saya mintak maaf....mintak maaf ehhhh...", kataku perlahan dengan nada lembut. "Emmrrghh...", dia berdehem sedikit. Seolah-olah memaafkanku.Tapi dah cukup melegakanku. Yahoooo....!!!!!!

Letih semalaman aku berfikir macam mana nak buat kalau Mek Lin bawa parents ke, abang dia ke..datang serang aku kat sekolah.Kecoh jadinya..Mengimbau kembali kisah semalam. Keasyikkan aku bermain squash (tapi menggunakan raket dan bola tenis) dalam dewan terganggu apabila Mek Lin datang menegurku.

"Kenapa tak pakai baju PJ, Mek Lin?", tanyaku geram.
"Saja, cikgu..", jawabnya selamba.
"Pergi berdiri kat dinding," arahku.

Aku pun mula memukul bola tennis ke dinding. Bola melantun 2,3 kali, sementara Mek Lin sibuk mengelak dan menjerit takut terkena bola.Bola melantun kembali kepadaku dan aku menghayun raket tenis dengan kuat. Gedebupppp...bola yang aku pukul betul-betul terkena muka Mek Lin. Dia menjerit kesakitan..sambil melompat-lompat. Aku segera menghampirinya dengan perasaan cemas.."Apa yang aku dah buat ni.", aku dah cuak. "Argghhhh...", dia menjerit marah kepadaku, lantas berlalu dari dewan. Hatiku cemas bercampur takut. Memang aku sengaja nak denda dia dengan cara tu, tapi tak sengaja terkena muka dia.

Friday, April 9, 2010

Pusat Tuisyen Cikgu Dilla





Pusat Tuisyen Cikgu Dilla..cam kelakor pulok nama die.Tapi takpelah, asal jalannn..Kat tuisyen aku pakai 2 orang guru, 3 termasuk aku. Pelajar dalam 50 orang. Bolehlah..

SIDI ingin jadi manusia kembali...


Syukur alhamdulilah pada Allah Yang Esa kerana mengabulkan doa hamba-hambaNYA. Akhirnya, adikku kembali ke pangkal jalan setelah berbelas tahun bergelumang dengan najis dadah. Macam mana dia dapat turning point dalam hidupnya, tak dapat aku pastikan.Adakah kerana abangku di Kuantan (berusia 3o tahun lebih dengan 3 anak) meninggal kerana HIV baru-baru ini? Adakah kerana dia tak mahu lagi kembali ke Pusat Serenti setelah 2 kali menjadi penghuni di sana ? Adakah kerana kami beradik yang lain tak sudi memandang wajahnya yang kusam itu ?

Yang pasti Allah telah membuka mata hatinya dan hidayah telah sampai padanya. Syukur Ya Allah...Engkau telah menghapuskan airmata ibuku selama ini..

Wednesday, April 7, 2010

GSTT Tahun Ke-3



Aku masih lagi mencari rezeki sebagai GSTT aka Guru Sandaran Tak Terlatih. Masuk tahun ni dah 3 tahun aku menjadi GSTT.Nak buat camne dah minat, walaupun kontrak pun jadilah. Seronok sungguh aku jadi cikgu. Hari-hari dapat memberi nasihat ke arah kebaikan. Mad'u ramai pulok tu. Satu sekolah. memang seronoklah bekerja dengan manusia yang bermacam-macam karektar ni. Aku dah jadi cam budak-budak plak sekarang ni. Well...jiwa remaja. Sweet 17 teen...Kah..kah..kah..

Kak Long Sayang Ma..



Kak Long sayang ma...seingat aku, aku tak pernah bagitau mak aku ungkapan tersebut. Cuma pagi-pagi, cium tangan ma dan cium pipinya. Tu dah kira majulah tu. Tu pun sebab puas bertekak ngan Daliza (masa kat UTM) dulu pasal menunjukkan kasih sayang pada mak ayah. Dia selamba jea mesra-mesra ngan mak dia, peluk cium, cakap sayang mak. Eeeiiii...malulah. Bila sembang ngan Neda, Rosie, Naimah dan Irnie (sume orang Ganu), kitorang orang Terengganu ni tak berapa pandai menunjukkan kasih sayang. Semua jenis malu dan segan nak buat cam Daliza.

Tapi ada pekdahnya jugak, sebab aku try praktikkan cara Daliza menunjukkan kasih sayang pada orang tuanya. Mula-mula mak aku pelik."Tak payoh cium-ciumlah," mak aku menolak.Tak biasa. Aku tergelak besar.Apa tidoknya, selama hidup 21 tahun, baru nak cium pipi mak. Rugi betul aku.

Ma,lah yang paling best kat muka bumi Allah ni.Betullah yang sahabat Rasulullah tanya nak sayang sape dulu. Rasulullah jawab sebanyak 3 kali, ibumu..ibumu...ibumu..Yang keempat baru ayah.Masa kecik aku takut ngan ma. Ma selalu menjegilkan matanya kalau aku buat silap. Aboh sporting jea, kekadang mari jugok angin taufan beliungnya.

Bila aku besar, aku lebih senang cerita semuanya pada ma. Aku ni jenis yang tak pandai memilih. Nak beli baju ke, nak beli kasut ke..hatta nak pilih suami pun mak aku yang pilihkan.Seronok betul tak payah buat pilihan. Ikut jea pilihan ma. Tak payah susoh-susoh ..he..he..he...senangnya hidup dengan tak payah membuat pilihan.Semua sudah di atur.