Sunday, August 14, 2011

ABN/ Aku Budak Nakal



La3x..tiba2 teringat peristiwa yg m'yebabkan aku tersenyum sorang2..Kalau org lain tgk, musti igt aku giler. Well, msa aku first year kat UPM, aku duk seroom ngn junior nama Yana. Nama pun cam adik aku daa..Dia ni budak Kelate, dlu Form Six. Kecik molek orangnya. Dia nie quite klako,lah. Sebab org first time duk KL.. Aku dah 4 tahun duk KL campur extend masa dip. Rezeki akulah duk lama KL.
Ada 1 night 2, msa aku tengah study. Tiba2 lampu padam serentak dengan itu bunyi loceng kecemasan. Memang bingit,lah. Aku dah tahu dah, benda ni. Dah pernah alami kat UTMKL dlu. Aku pun carik lilin, sambung study blik (konon2lah study, result hampeh jgk).
Nak dijadikan cerita si Yana ni tengah tido. Dia pun dalam keadaan terpinga2 dan terkojut bangun. Keadaan dalam bilik quite gelap, bunyi orang berlari turun bangunan bising giler. Ada gak orang ketuk pintu suh keluar bilik. Aku enggan.. Kacau org nak study jea..cewah.
Si Yana ni ajak aku keluar. Aku cakap x yah. Diorang buat latihan kebakaran jea tu. Muka Yana dah pucat, kalau toreh ngan pisau pun tak berdarah rasenya. Dia punyalah takut, berlegar-legar dalam bilik. Aku rasa dia mengigil. Beberapa kali dia tanya aku bagaimana kalau bangunan memang sedang terbakar.
Aku pulak tengok keadaannya begitu, hilang kemachoan aku. Aku yakinkan dia bahawa itu memang latihan semata-mata. Padahal confident aku pun dah hilang separuh sebab kelakuan dia.
10 minit berlalu bila semua student mula naik ke bilik masing2. Kan dah cakap, latihan jea..Si Yana ni berkali-kali bagitau betapa nalirnya dia. Tak pernah aku lihat muka sesorang pucat sampai begitu.. Dalam hati aku pun naik takut. Apalah aku ajar budak2 perkara yang tak sepatutnya..Tapi aku seronok..
nalir - berdebar-debar (bahasa Kelate)

No comments: