Tuesday, October 27, 2009

Bisnes kecik2 sedang berkembang..



Lama dah tak menulis kat sini, sibuk gile, badan penat, otak ni asyik berputar jea 24 hours non stop. Waima dalam toilet pun aku berkarya. sampai masa membaca dah kurang. Tika ini aku berada di CC Kustem aka UMT. Saje pas balik sekolah aku pusing sini jap, photostat bahan nak tuisyen malam ni. Budak photostat lambat sangat, (padahal aku dulu pernah jadi budak photostat)sampai aku tertidur. So, guna internet jap. Untuk pengetahuan penghuni alam semua sekarang aku dah ada 2 kedai. Tapi bisnes kecik2 jealah. Starting, cari pengalaman. Cita2 aku nak bisnes yang lebih besar coming soon. Sekarang aku sewa kedai buat tuisyen malam, dah da 2 cikgu. Pastu kedai telefon aku baru beroperasi 2 minggu lebih kurang. Pokai...pokai...banyak guna duit untuk menjalankan bisnes aku tu. Ni baru kecik punye, dah sakit kepala..belum bisnes besar lagi nih !!!!

Sunday, July 12, 2009

Siape kentut???




Semalam sewaktu aku tengah mengajar Sources of energy dalam kelas 1S2, tiba-tiba..."wei busuknyo, sape kentut nih??? ", jerit Syikin sambil menutup hidung. Pelajar-pelajar yang lain serentak menutup hidung...Kelas jadi kecoh seketika sambil masing-masing menuduh antara satu sama lain, siapakah yang mengeluarkan gas berbau busuk itu ...Masing -masing tidak mahu mengaku...Ni peluang baik untuk selingan nih, maka aku pun mengeluarakan handset dan mula membaca..."Dengar, dengar semua...",aku bersuara.

Kategori-kategori orang :

1- tak jujur = orang yang kentut tapi salahkan orang lain.
2- bengong = orang yang tahan kentut berjam-jam
3- yakin diri = orang yang kentut dengan lantang
4- sadis = orang yang kentut dalam selimut lalu dikibaskan baunya
5- strategik = orang yang sembunyikan bunyi kentut dengan ketawa kuat-kuat
6- misterius = orang yang kentut tapi tak dapat dikesan
7- gugup = tiba-tiba kentut apabila disergah
8- periang = kentut pelan-pelan pastu senyum sorang-sorang

ha! senyum sorang-sorang ni.., kentut yea.

Thursday, June 25, 2009

Diet dengan Sepenuh Hati

Dulu aku cuba untuk berdiet tapi tak berhasil Begitu sukar untuk meninggalkan makan-makan. Tapi kali ini aku nekad untuk berdiet supaya aku dapat tampil menawan di hari yang bahagia. Aku rasa semua perempuan kat muka bumi ini berfikiran seperti aku tang bab ni.

Sebenarnya aku tak berapa percaya dengan hasil diet ni. Ialah seksa bukan main sewaktu berdiet tapi yang turun hanya 1 kg, 2kg...tak cukup2x..malas betul, tak kurus-kurus jugak. Tapi ramai dah customer my mom yang selalu datang kedai yang dulu big size sekarang fullamak ramping ooo...Rahsianya, kate merekalah,kan, JANGAN makan malam. Insyaallah dalam masa 3 bulan, nampak perubahan. Aku pun cuba, tapi aku tak puas hati one way only.

Hari Rabu baru ni, masa takde kelas, aku pergi baca newspaper kat bilik kaunseling. Terpandanglah satu berita yang best. Melly Goeslow berjaya menurukan berat badan sebanyak 12 kg dalam masa 3 bulan sahaja. Woow...The secret is :
1) TIDAK MAKAN NASI
2) Exersice

Syarat yang pertama tu cam berat jea...Tapi demi tapil anggun dan menawan di hari bahagia aku redah jugak dengan sepenuh hati..Masuk hari ni, dah 2 hari aku tak jamah nasi. Aku juga nak gi MYDIN MALL cari tali skipping dan alat senaman lain.

Tadi kat makmal sains, sambil tunggu students datang untuk experiment, sempat lagi aku baca majalah Mingguan Wanita. Dapatlah sikit tips untuk turunkan berat badan.

Amalkan :
1. makan buah-buahan/ sayur-sayuran
2. minum air kosong 8 gelas sehari
3. selalu minum jus

Elakkam :
1. gula, daging, minuman berais dan berkarbonat, roti canai dan nasi lemak.

Monday, June 22, 2009

Jodoh Yang Datang Bertimpa-Timpa..



Tahun depan aku akan berusia 28 tahun. Bilakah masa yang sesuai untuk melengkapkan hidup ini? Bila berusia 29, 30, 34..arghh. Seboleh-bolehnya aku tak mahu di usia tersebut aku masih belum kahwin. So, aku pun berniat, by hook or crook, next year i must kahwin. Dengan siape, i have no idea..Usu tanya soalan tu, aku jawab, "gamble, jelah". Semudah itu aku menjawab kerana semudah itu juga aku berfikir.

Persoalan yang sama juga aku sembangkan dengan Cik Yan, sahabat UTMKL yang mengajar di Sek.Teknik.Miri. Batch UTMKL, cuma tinggal kami (muslimat) 6 orang sahaja belum settle. Sedangkan sahabat yang lain sudah mempunyai anak 2, 3. Cik Yan pun berstuju dengan aku, next year mesti settle. Begitu juga Neda.

Rupa-rupanya bila kita berniat, Allah tolong mempermudahkan urusan kita. Dalam minggu ni jea, 3 orang masuk bertanya. Aku on jea yang mana satu, asal baik, semayang bang, ok arghh. +++ hensem, puteh, otak bussines.(lebih-lebih pulak aku ni).

Dalam soal jodoh aku ni, mak aku yang ke hadapan.(advance,lah kiranya). Asyik sengih-sengih jea sejak nak dapat menantu. Aku?? Rileks jea...

Hopefully next year jadilah. Insyaallah...Aku doakan sahabat-sahabat aku juga agar cepat bertemu jodoh. I love you guys..

Thursday, June 18, 2009

Kes buli di sekolah aku..




Tak sangka betul, kat sekolah aku ngajo ni terjadinya satu kes buli yang amat teruk. Pelajar yang kena buli tu (tingkatan 1) dimasukkan ke hospital kerana telah menelan antibiotik (banyak) berikutan tertekan dibuli oleh pelajar-pelajar lain.

Pelajar yang dibuli ialah Aiman dari tingkatan 1S2. Pelajar tersebut merupakan ketua kelas dan menurut pandangan aku, dia seorang pelajar yang baik dan tak banyak cakap. Tapi tulah, yang menghairankan dia dikatakan mencuri handset pelajar tingkatan 5.

Bila pelajar lain dapat tahu, especially tingkatan 6 , mereka telah memanggil kesemua pelajar lain untuk memukul Aiman. Ada yang pukul dengan penyapu, kasut, yang terajang, tumbuk dan sebagainya.

Kerana tertekan, Aiman telah mengambil antibiotik untuk membunuh diri. Ya ke membunuh diri? Tu ayat warden, Kak Ira. Nasib baik tak ambil pain killer, kalau tak out terus. Nauzubillah...

Kebanyakan guru yang terlibat seperti warden dan pihak pengurusan berada dalam keadaan tertekan sekarang. Tu belum lagi masuk kes parents nak jumpa pengetua sebab warden tindih dan tonyoh kepala sewaktu rampas handset. Pengetua pulak hari ni bad mood gila. 7.15 pagi tadi dah tunggu kat pintu pagar sekolah. Nasib baik aku awallah jugak. Pengetua yang ada angin kus-kus ni, jangan buat main.

Semoga kes-kes yang banyak berlaku ni, dapat diselesaikan dengan baik. Amin..

Tuesday, June 16, 2009

Pelajar Kelas IS3

Perempuan-Umi, Erra, Anis, Amira, Atikah, Fatiekah, Fatin, Azlina.
Lelaki-Azizi, Azwan, Naqib, Al-Imran, Nasha, Aiman, Mohammad, Amirul, Asyraf, Hisham, Hafizuddin, Fatah@avatar, Hafis...(tak ingat dah yang lain).

Kelas nilah yang paling ramai pelajar, memang nak kena selalu kuatkan semangat bila nak masuk kelas ni. Bila dah ramai ni,pelajar tak berapa nak boleh tumpukan perhatian pada pembelajaran sebab ada jea yang jadi pengacau, sibuk nak sembanglah dan sebagainya. Nak kawal kelas pun leceh.

Bukan senang nak tarik perhatian diorang ni, berpeluh-peluh dibuatnya. suara kena lantang nak lawan kebisingan diorang. Pastu cara ngajor kena menarik, kalau tak hampeh..silap-silap kita ni cam tunggul kayu jea kat depan.

nak tahu seseorang cikgu tu puas atau tak mengajar, sila lihat masa dia keluar kelas. kalau dia senyum, memanglah dia berpuas hati dengan pengajarannya. kalau masam jea, mengeluh..haa tu tandanya pelajar tak mendengar cikgu tersebut.

bukannya senang jadi guru zaman sekarang..payah yang amat!!silap-silap sakit jiwo kauuu...hee..hee..tapi yang menarik pun ada, tertarik dengan kerenah budak yang kadang-kadang menggelikan hati (kalau kena caralah..).

agak-agaknya pa pilihan korang bila dapat peluang jadi cikgu?
A) Cikgu Yang Garang
B) Cikgu Yang Sporting (boleh bergurau, bertolak-ansur, dan anggap pelajar cam anak/ adik sendiri)

Monday, June 15, 2009

FAMILY DAY AT T.E.R



Dari kiri : Nurul, kak suti, yati, Dil.


Masyaallah naik kuda dia ni...unbelieveable2x..

K.Ma (tudung hitam) : korang semua pandai main dok ni?
K.Suti (tudung hijau) : bakpe, mu ingat aku dok pandai? aku juara kat Perak dulu.
Yati : 10 kg..7 kg..10 kg..7 kg..aku amik bola 8 kg arghh..


haa, nilah penginapan kami, Puddock Inn (TER) Rm 140 jea semalaman plus horse riding and bowling.Oklah..


huk aloh..besarnye spek mate Yati hoh..(Yati, jangan maroh deh..he..he..he..)

Tuesday, May 26, 2009

PELABURAN PERNIAGAAN oleh DiLLa

PELABURAN PERNIAGAAN

Assalamualaikum…kepada tuan puan yang dihormati sekalian.

Satu pelaburan perniagaan bagi memperkasakan aktiviti perniagaan. Perniagaan yang dijalankan adalah menjual kain pasang, tudung, blouse, t-shirt dan brooch. Anda boleh menyumbang di antara RM 100 – RM 1000 (terpulang / ikut kemampuan) dan kadar keuntungan sebanyak 10% sebulan. Pembayaran akan dibuat 3 bulan sekali.

CONTOH : Ali melabur RM 500 pada 1 Jun 09. Beliau akan menerima RM 650 pada
1 September 09. Bagi nilai yang lain, kiralah sendiri..

:: PELABURAN PERNIAGAAN :: TIADA TARIKH TUTUP
(boleh mula setiap awal bulan, bermula 1 Jun 2009 dan selepas 3 bulan boleh sambung pelaburan jika berminat meneruskan pelaburan)

Anda faham dan berminat ???

SMS : nama>lokasi>nilai pelaburan - hantar ke 013-9764048



P/s 1 :melabur lebih baik dari menyimpan tetapi pastikan kita memilih pelaburan yang bijak dan boleh dipercayai. (Robert T.Kiyosaki)

P/s 2 : This is win-win situation, antum dapat untung setiap bulan, ana dapat meluaskan empayar perniagaan ana. (DiLLa)

Tuesday, May 12, 2009

HARI IBU ERKK..

Td singgah jap blog Nadiah Ali...wah wah wah..cam penulis sebenar lak..i recommend you to become novelis, cayalah.

Bila Nadiah cite hari ibu, aku pun nak cite gak.

8.oo malam keluar makan ngan ma, aboh and adik. Tetiba adik aku no.3 call, ucap selamat hari ibu kat ma. My mother ngan muka berseri-seri ucap tq.

aku buat selambe jea, padahal memang aku tahu hari tu hari ibu. Udah diwar-warkan kat sekolah. siap Kelab BI buat special gift lagi.

Punya nak cover coz adik aku yang duk pucok Melaka call to say Happy Mother's Day, aku yang depan mata buat donor jea...

Aku pun berkata, "Eleh ucap hari ibu konon, padahal bagi kita hari-hari adalah hari ibu, dik dok? Punyalah segan, takpelah janji hari lahir ma tahun ni must give her a gift.

CELCOM BROADBAND

Alhamdulilah...Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam..

Hari ni 12 Mei 2009, aku berjaya plug and go Vodafone yang aku beli sabtu lepas dengan harga RM 388 tunai. Sekarang aku boleh on internet terus dari rumah..