Thursday, November 24, 2011

MENGEMBARA KE EROPAH



Hmmm..this is most adorable dream..my parents nk aq jd cg cg. Find and i almost go for it. But for my dream in i really want go travel to Europe.

Kalau nak travel bodo macam 2 jea memang x dapatlah (mana ada duit) . At least aq kawin ngan Datuk baru boleh buat suke hati. Aq bercadang nak masuk sana as worker. x tahulah kerja apa2 pun bley..Few reasons why i really want to go there :

1. Their money is second expensive in world ( pound 100 = RM 500 lebih)
Boleh bayang x kalau gaji aq pound 2000 pound per month as cleaner katekan..=
RM 10,000 = gaji pengetua 2..perghh..

2. Nak travel, kenal dunia, round tempat menarik. Kalau dpt round europe pn jadilah,
pas 2 x g ke mana pn xpe..(tp nak travel gak ke korea, japan, filiphine, china,
indo, hawaii, mexico, amerika selatan, amerika utara bla bla..)

3. Orang kate pemikiran orang negara luar/maju > advance compare negara-negara kelas
ke-2 n ke-bawah lagi. so, aq pn nk upgrade brain aq jgk..

4. Pas2, org balik dr UK ni hebat2 kan..nk jadi hebat jugak..Pandangan masyarakat.White man eyes =
si pen'conquer'

5. Can improve my english, wah balik kerja kat malaysia, cepat naik pangkat nih.

6. Observation bisnes yang org malaysai x buat lagi. u know, diorangkan modern.

Wednesday, November 23, 2011

Ciptaan Ke-4



ciptaan ke-4 yang terlintas kat my brain adalah utk menciptra women dress from needle. u know when a girl wearing that no man can touch her. can u believe that? u dont believe..? let me explain..

alright, prinsipnya sama cam macam kite buke payung, kan besi payung naik,kan..sama gak. kalu kite pasang jarum kat baju diorang, bile 1 button ditekan jarum2 akan naik mencerucuk. so bila ada mana2 penjenayah nak pegang, of course x bleylah, kan..camne nak letak/ pasang jarum 2, kite ada scientist,kan..so scientist it is ur job..

so, all penjenayah semua, u all xde can nak apa2kan wanita di seluruh dunia..how about that..fantastic, right..

Sunday, August 14, 2011

ABN 2



Lalala..ada 1 lg kisah yg mane aku telah mempengaruhi org utk ponteng. Thn 2010, aku mengajo di sebuah sekolah daerah setiu. Tup2, jumpa blik senior mase sek menengah dlu. Apalagi, seronoklah kitorang gebeng. Last2, kitorang jadi sgt baik.
Da suatu hari, kitorang membincangkan isu2 hangat di sekolah (bahasa molek utk bergosip). Kitorang duk kat meja paling t'sembunyi. Slow2 jea bunyi, maklumlah takut org lain pasang telinga. Punyalah syok berbincang, tak tersedar masa u meeting. Pura2 lupa sebenarnya.
Pandang kiri pandang kanan. Semua org dah xde. Tinggal kitorang berdua jea. Baik punya. Apalagi otakku yg canggih ni telah mencadangkan agar kitorang tak masuk meeting a.k.a balik terus. Elok jea kitorang nak amik beg tangan, tiba2 terdengar suara akak yg paling laser kat sekolah tu. Apalagi kitorang terus bersembunyi kt bawah meja tempat kitorang berbincang tadi. Memandangkan masa meeting sudah berlalu setengah jam, tak logik untuk bagitau die kitorang terlambat.
Terdengar suara die yg nyaring tu duk tanya2 kalau masih da org yg belum naik ke tingkat atas. Kitorang hanya menahan nafas. Member kat sebelah ni, berdebar2. Aku rase nak ketawa pecah perut.
Tiba2 lagi adalah pulak student datang hampir ke tempat meja persembunyian kitorang. Cari barang. Aduh, dah lah akak yang laser tu still ada kat situ. Kalau budak tu nampak, musti dia tanya apa cg2 yg comel ni buat kat bawah meja. Dhalah bawah meja sempit, senmbunyi 2 orang lak tu. Bukan main lagi kitorang mengecilkan body kitorang yang tak berapa nak kecil ni.
5 minit berlalu. Memberku kat sebelah x henti2 berdoa agar budak dan akak mulut laser tu keluar dari bilik guru. Kalaulah akak mulut laser tu jumpa kitorang sembunyi x mau g meeting, alamaknya kitoranglah pulak kena gossip. Aku pun gelabah jugak, tapi buat macho jea. Masih mampu tersenyum.
Bila 2 makhluk asing tu berlalu, kitorang sepantas kilat amik beg tangan, hidupkan enjin kete dan terus blah. Klako bila diingat kembali..Aku seronok.

ABN/ Aku Budak Nakal



La3x..tiba2 teringat peristiwa yg m'yebabkan aku tersenyum sorang2..Kalau org lain tgk, musti igt aku giler. Well, msa aku first year kat UPM, aku duk seroom ngn junior nama Yana. Nama pun cam adik aku daa..Dia ni budak Kelate, dlu Form Six. Kecik molek orangnya. Dia nie quite klako,lah. Sebab org first time duk KL.. Aku dah 4 tahun duk KL campur extend masa dip. Rezeki akulah duk lama KL.
Ada 1 night 2, msa aku tengah study. Tiba2 lampu padam serentak dengan itu bunyi loceng kecemasan. Memang bingit,lah. Aku dah tahu dah, benda ni. Dah pernah alami kat UTMKL dlu. Aku pun carik lilin, sambung study blik (konon2lah study, result hampeh jgk).
Nak dijadikan cerita si Yana ni tengah tido. Dia pun dalam keadaan terpinga2 dan terkojut bangun. Keadaan dalam bilik quite gelap, bunyi orang berlari turun bangunan bising giler. Ada gak orang ketuk pintu suh keluar bilik. Aku enggan.. Kacau org nak study jea..cewah.
Si Yana ni ajak aku keluar. Aku cakap x yah. Diorang buat latihan kebakaran jea tu. Muka Yana dah pucat, kalau toreh ngan pisau pun tak berdarah rasenya. Dia punyalah takut, berlegar-legar dalam bilik. Aku rasa dia mengigil. Beberapa kali dia tanya aku bagaimana kalau bangunan memang sedang terbakar.
Aku pulak tengok keadaannya begitu, hilang kemachoan aku. Aku yakinkan dia bahawa itu memang latihan semata-mata. Padahal confident aku pun dah hilang separuh sebab kelakuan dia.
10 minit berlalu bila semua student mula naik ke bilik masing2. Kan dah cakap, latihan jea..Si Yana ni berkali-kali bagitau betapa nalirnya dia. Tak pernah aku lihat muka sesorang pucat sampai begitu.. Dalam hati aku pun naik takut. Apalah aku ajar budak2 perkara yang tak sepatutnya..Tapi aku seronok..
nalir - berdebar-debar (bahasa Kelate)

Friday, June 10, 2011

PKI yang comel



Individu ke 2 yg menarik perhatian aku adalah x lain x bukan PKI. PKI yang comel..Napelah aku dikatakan sbg bodek bla aku cakap suka kt PKI. Maaflah, taste aku tinggi, aku cuma suka kat org2 yg hebat, berkarisma dan dinamik. aku suka perhatikan org2 yg hebat coz one day aku pn nk jadi spt mereka.

PKI ni comel otangnya. Garang di luar baik di dalam. Ada seorang pelajar prnh bg statement: sume cg x suke PKI, cg. Dgn nada keheranan : Ye ke ?! Saya suka dier. Trs pelajar td senyap. Dia igt sume cg x suke PKI ke ..ada lg org baik mcm aku. Ulang siaran : Aku mmg suke org2 yg hebat..

Bila dlm mesy n kat luar, dia garang n tegas. Tapi bla kta g talk dlm blik dier, bukan main lagi lembut. Sgt berbeza, mungkinkah sbb dier ustazah ?!! Bla aku msg dier, dier msg blek : maaf sya bru bca msg dilla ....Hullamak x prnh jmpa PKI yang baik cam gni. Aku dah 4 buah sek ngajar, dh byk observation yg aku buat about pemimpin2 ni. Ada yg hebat, ada yg tak. Menakutkan aku sbb dier berkuasa, citt podah..Alamak, mana hilangnya sikap sopan santun aku..?!! Hehehe..

K Yam yang kelako..



Ni nak cite psl seorang ustazah kat sek baru aku. Namanya ustazah mariam yaacob. Dia dikategorikan sebagai guru yang 'kurang sihat' ckit. Tak tau nape almost cg2 kt c2 x brape suke nk communicate ngn dier. Wallahuallam..

Tapi bagiku, dia adalah cg yg menyerikan sek. Sbb cg2 selalu tetawa bla dia berkata-kata. Contoh bla dia menyuarakan pandangan dalam mesy. guru, semua guru bertepuk tangan n ketawa. Tahulah apa yg dikatakannya lucu tapi seronok sbb ada dier. Igt lagi masa hari guru, dier satu2nya cg puan yg amik hadiah sambil mengangkat hadiah tersebut persis sang juara. Budak-budak bertepuk tangan n cg2 ketawa berdekah-dekah. Lucu bukan..

W/pun ada cg2 y menasihatiku agar jgn melayan akak tersebut, aku dgn terang2gan x setuju. Bukankah kita harus beri sokongan moral pada mereka 'yang sakit'. Kalau kita biarkan saje, gi mana kalau sakitnya bertambah parah. Cg2 jgk yg susah..Hari ni hari dia 'sakit' esok/ lusa mungkin giliran kita pula di timpa musibah. Bab kata pepatah : hidup umpama roda kekadang di atas, kekadang di bawah..

Monday, February 21, 2011

NAK JADI MACAM HENRY FORD







Ada beberapa alat yang aku nak reka tapi tak pandai. only got the idea.



1- Rokok Penyelamat - okay, memandangkan rokok-rokok yang ada kat pasaran membahayakan kesihatan, so aku nak cipta rokok yangmana kandungan dalam rokok selamat. Mesti risau rasa tak sama cam rokok sediaada,tapi haa itu tugas saintis nak buat acuan dier.



2- Penapis Kentut Lembu - kat New Zealand, kalau lembu kentut tuan dier kena saman,so aku berpendapat kalau dapat cipta satu penapis kentut lembu ygmana akan menukarkan gas metana + carbon dioksida (=kentut lembu) kepada oksigen. Makanya tak ada lagi udara tercemar. Cool tak ?!! Boleh imagine dah..

3- Sut Renang - Seksa sangat tengok penyelam duk angkut tangki gas oksigen sewaktu menyelam. Bukannya ringan, berat tuu..lam 8 kilo lebih kurang. So, ideanya sut renang tu kita reka satu saluran yang mana dapat menukarkan air kepada oksigen. Dapatlah di sedut oleh penyelam. Nak duk lama dalam laut pun takpe, tak perlu risau tentang kehabisan gas. ( Air = H2O --> O ). Macam mana nak buat, saintis jugak yang kena pk.

why aku nak jadi cam Henry Ford, sebab masa zaman die ni, dia ada duit n idea tapi tak tahu camne nak operasikannya iaitu penciptaan 8 blok enjin. So, dia upah para saintis, walaupun makan masa selama 1 tahun lebih. Walaupun saintis said no, die tetap paksa sampai ianya betul-betul menjadi.

Sunday, February 20, 2011

RABIATUL ADAWIYAH & HASSAN AL BASRI




PENDUKUNG WATAK :

RABIATUL ADAWIYAH - NURUL ELFIRA LOY
HASSAN AL BASRI - AHMAD MUHAMMAD

SINOPSIS

Kisah ketabahan yang dilalui oleh dua adik-beradik semenjak kehilangan kedua orang tua mereka akibat kemalangan. Arwah ayah mereka telah berpesan agar mereka berdua berpegang teguh pada ajaran Islam. Pelbagai cabaran dan dugaan menimpa mereka. Mereka juga tidak di sukai oleh orang kampung. Mampukah mereka berdua berpegang pada pesanan arwah ayah mereka? Dalam kekalutan mereka melayari hidup, salah seorang dari mereka telah kembali ke rahmatullah.

RABIATUL ADAWIYAH
Seorang anak gadis yang ayu, bersopan-santuh, lemah lembut tetapi tegas dan bertudung. Cuba buat yang terbaik agar dapat memenuhi pesanan ayahnya.Selalu melindungi adiknya. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.

HASSAN AL BASRI
Seorang kanak-kanak yang mudah terikut. Selalu lupa dengan pesanan ayahnya. Dia juga berusaha melindungi kakaknya.

RIDHUAN
Sama usia dengan RA, seorang anak muda yang wara'. Mengambil berat perihal RA dan adiknya.

HASANAH
Cemburukan RA kerana Ridhuan mengambil berat hal RA. Sebenarnya dia suka pada Ridhuan.

p/s : camne nak tulis skrip nih ??

KOMPLOT KE GUA BATU

19 FEBRUARI 2011 ( 2700 )
DI RUMAH NORMAH

Bunyi alunan lagu 'Pergilah Ayu' dendangan kumpulan Fabulous Cat dari handset mengejutkan Normah. Laptop yang sedang digunakannya ditolak ke tepi.
" Hello..", Normah berhati-hati.
" Cepat datang ke mari, polis tangkap Norman..", perlahan suara ibu Normah seolah-olah berbisik.
Secepat kilat Normah bangun dari katil dan mencapai tudung.
" Normie..bangun, ma suruh kita gi kedai. ", Normah mengetuk pintu bilik adik bongsunya.
" Arghh..malaslah, orang tengah tidur ni! ", Normie marah tidurnya diganggu.
Normal sebal dengan sikap adiknya yang tidak mahu bekerjasama.
" Bodoh punya orang ! Tak pernah tengok cerita Wonderpet ke ? ", gerutu Normah dalam hati.

Normah menunggang motosikal ke kedai ibunya. Bunyi enjin motosikal Normah yang seperti bunyi enjin motobot memecah keheningan. Sewaktu Normah hampir dengan Pejabat Pos dia ternampak 4-5 orang pakcik-pakcik duduk melepak. Normah mengagak mereka adalah ahli Rukun Tetangga. Pakcik-pakcik yang berada di situ hairan melihat seorang gadis menunggang motosikal tidak berlampu menggalas beg pada pukul 3.00 pagi.

" Mesti pakcik-pakcik tu ingat aku ni lari dari rumah..", Normah tersenyum.

19 FEBRUARI 2011 ( 2715 )
DI KEDAI IBU NORMAH

Ibu Normah membuka pintu kedai apabila nampak Normah datang menaiki motosikal cabuknya.
" Ce cite..ce cite..", tanpa sempat menarik nafas Normah terus bertanya.
" Ma tak sedar pun bila masa polis-polis tu masuk ke dalam kedai..", ibu Normah memulakan cerita.
" Ma tersedar bila rasa silau cahaya lampu suluh. Tengok-tengok Norman dah di gari. Ma rasa dia tak tidur lagi masa polis datang. Mungkin dia dengar bunyi bising kat belakang, dia gi tengok, terus kena pegang dengan polis. ", cerita ibu Normah.

" Camne reaksi Norman, ma ?
" Dia senyap jea, tak kata apa pun. "
" Ma, Normah rasa kasihan pula bila dia jadi macam ni ..", Normah sayu.
" Biarlah, Nor..ini untuk kebaikan dia jugak.", ibu Normah menenangkan Normah.

18 FEBRUARI 2011 ( 1030 )
DI KEDAI IBU NORMAH

Tiga kali bunyi nada dering lagu 'Pergilah Ayu ' bergema. Normah hanya melihat nama yang tertera, dengan tenang dia menaip mesej. Sebenarnya dia cuba berlagak tenang.

" Sila mesej saya, adik saya ada di sebelah. "
" Ok, kejap lagi kita jumpa. " Balasan mesej.
Normah menjeling ke arah adiknya, Norman yang leka menonton cerita 'Spider-man' lakonan Tobey Macguire dan Kristen Dust.

" Ma, Nor nak balik dah ni. Lagipun si Normie pesan belikan nasi lemak untuk dia.", Normah mula mencari alasan untuk keluar dari kedai.
" Tidurlah kat sini, Long..",Norman mengajak Normah.
" Bukan aku tak mahu tidur kat sini tapi kesian pulak kat si Normie tidur sorang-sorang kat rumah. Takpelah, kau tidurlah dengan ma kat kedai ni.
" Long, kalau ada orang tanya aku ada kat mana ? Mu jawab mu tak tahu aku ada kat mana. Jangan bagitau siapa-siapa pun aku tidur kt sini, neh ..", Norman semacam merayu.
" Ok." Normah berlalu pergi.
Adakah pengkhianatan ini akan dimaafkan ???!!!

bersambung...

Sunday, January 2, 2011

TENTANG MEREKA..



Maafkan cikgu sebab kali ini cikgu hanya ingin bercerita tentang mereka, pelajar-pelajar kelas 1A2, SMK. Sungai Tong, Setiu tahun 2010. Bukan apa, cuma cikgu merasakan mereka benar-benar dekat di hati cikgu. Macam-macam perkara yang cikgu alami bila dekat dengan mereka. Sedaya upaya cikgu berusaha mengajar mereka subjek Bahasa Melayu walaupun opsyen cikgu adalah Sains sebenarnya.

Adakah cikgu masih berpeluang untuk merasai kegembiraan sepertimana cikgu bersama kalian..Wallahualam..Satu pinta cikgu ingat cikgu walau hanya secebis ingatan, walaupun mungkin bila kita bersua nanti kamu malu/ segan untuk menghulurkan salam. Tak mengapa..tak mengapa..Cikgu tidak berkecil hati.

Bermula dengan pelajar perempuan- Ainsya, dia seorang yang kasar tetapi manja. Cikgu selalu tersenyum bila memandang wajahnya seolah-olah tertulis di dahinya 'CIKGU DILLA, SILA SENYUM'..Pernah sekali dia bertanya kenapa cikgu asyik sengih-sengih bila jumpa dia. Lagilah lebar senyuman cikgu buat Ainsya. Cikgu mengambil kesempatan untuk menasihati Ainsya bila kerapkali dia menumpang kereta cikgu untuk pulang ke rumahnya. Cikgu menasihatinya agak tidak berkawan dengan pelajar-pelajar yang rosak akhlaknya dan sentiasa berkelakuan baik. Padahal cikgu tidak tahu bahawa Ainsya pulang ke rumah tanpa kebenaran warden asrama.

Pelajar dengan ranking ke-2 ialah Syahirah. Syahirah merupakan pelajar yang memakai tudung labuh di sekolah itu. Mengikut perhitungan cikgu, cuma 3 orang sahaja pelajar memakai tudung labuh, Syahirah 1A2, Amalina 2A2 dan budak Form 6. Sejuk mata cikgu memandang Syahirah. Kerana cikgu selalu memuji Syahirah, Ainsya dengan nada yang bergurau mengatakan bahawa dia juga akan memakai tudung labuh tahun depan. Kemesraan cikgu dan Syahirah semakin terjalin kerana 2 kali bersama-sama berkelah di Sekayu. Syahirah umpama singa yang sedang tidur. Rasakan natijahnya apabila di ganggu.

Diteruskan dengan ranking ke-1, pelajar lelaki kegemaran cikgu. Tidak lain dan tidak bukan ialah Amiru bin abu Johan. Pastilah ramai pelajar-pelajar lain mencebik. Pada mulanya cikgu juga sama pandangan seperti cikgu-cikgu yang lain tentang pelajar nakal nan seorang ini. Tapi bila cikgu analisis semula, sebenarnya pelajar ini hanya mahu perhatian. Sebab itu bila cikgu memberikan perhatian yang sepenuhnya pada Amiru, bilangan ponteng sekolahnya semakin berkurangan. Sayangnya cadangan cikgu untuk menjadikan Amiru sebagai pengawas sekolah ditolak. Cikgu berpandangan itu mungkin menjadi 'turning point' dalam hidupnya untuk berubah. Cikgu masih teringat pertemuan dengan Amiru di Mydin, senyuman dan kemesraan yang ditunjukkan olehnya seolah-olah dia ingin menjeritkan perkataan 'saya budak yang baik sebenarnya, cikgu'..

Ranking ke-2, jatuh kepada Amiruddin. Pelajar yang duduk belakang sekali dalam kelas. Din ni memang pendiam dalam kelas, kecuali di beri suntikan 'power' baru nak bersuara. Tapi untuk subjek BM memang nampak si Din ni bersungguh-sungguh. Selalu memberi 'response' yang baik untuk soalan yang cikgu tanyakan berbanding pelajar lain. 'Din ni, minat subjek BM ke minat cikgu BM?", tanya cikgu bergurau. Pertanyaan cikgu membuatkan Din malu tersipu-sipu manakala rakan-rakan yang lain tergelak. Kira memang untuk subjek cikgu, cikgu selalu ucapkan tahniah untuk Din. Maaf cikgu tak letak nama Din untuk percalonan pengawas, cikgu tak tahu Din merupakan Ketua Pengawas sekolah rendah dulu. Untuk menjadi pengawas sekolah, Din perlu jadi seorang yang aktif.

Hmm, ikutkan semua pelajar-pelajar kelas 1A2 kegemaran cikgu, tapi tak muat nak tulis untuk semua ( 40 pelajar ). Jangan risau, kenangan dengan semua terpahat kat memori cikgu. Cikgu takkan lupakan korang.