Friday, January 5, 2007

TAHUN BARU, AZAM BARU, SEM BARU (SEM AKHIR..)

Assalamualaikum pada semua umat Islam..

Aku menjelma lagi setelah lama bertapa, mencari diri yang hilang..Alhamdulilah Allah masih panjangkan lagi usia kita semua, mudahan-mudahan kita isi dengan lakukan amal ibadah dan bukannya maksiat..

Bukak semester banyak sangat yang aku rancang untuk menuju ke arah kecemerlangan hidupku ini..

1 --> Semester ni, takdelah banyak sangat subjek..cuma penuhlah jugak aku punyer timetable bila aku isi ngan kelas-kelas yang aku suka-suka nak ambik, nak cari ilmu lebih sebelum grad..nanti dah keluar U, susahlah nak belajar, bayar mahal..sementelah da kat U nilah, nak kaut banyak-banyak ilmu..

2 --> Dalam pada tu, aku juga tengah sedikit sebanyak membuat preparation untuk training 3 bulan nanti, seterusnya (moga Allah mudahankan urusan hambaNYA ini)terus dapat kerja kat tempat training tu..

Aku ingat nak join kursus under NIOSH, tapi tunggulah dulu, duit pun bukannya ada sangat, pastu, aku kena banyak tahu dulu about kerja aku tu nanti..

3 --> InsyaAllah, hari Isnin ni nak gi PUNB, adalah.., perancangan ke arah business untuk akan datang.Alhamdulilah Usu pun nak gi sekali, dapatlah teman busines..InsyaAllah. Ya Allah Ya Tuhan Kami permudahkanlah urusan-urusan hamba-hambaMu ini, berkati dan rahmatilah kehidupan kami..Amin Ya Rabbalalamin..

4 --> Satu Impian Indah..tak tahu bila nak direalisasikan..tapi always in my heart my mind..nak further study kat oversea..tak boleh cakap jea, mesti mau ada usaha punya..InsyaAllah, bila kehidupan dah tenang sikit, mungkin aku boleh cari jalan untuk ke sana..suatu hari nanti aku mesti jejakkan kaki ke bumi bersalji itu, kan bumi ciptaan Allah SWT juga..

No comments: