Sunday, December 24, 2006

Suatu Hari Di Oren..

Jam kul 8.30 malam doh..kerja banyak lagi tak settle..camne lah nak settle asyik duk ngadap internet jea..rupa-rupanya dunia cyber ni luas sangat, tak terlarat nak explore semua. Pagi-pagi esok nak balik Ganu, hopefully banjir tak teruk sangat cam kat Johor.Aku tertanya-tanya mengapa bala Allah kali nie sampai kat Johor, tulah jangan asyik dok kutuk Ganu Kelantan jea bila time banjir ,kan dah kena..

Cantik betul wallet calendar yang aku letak gambar conan nie, calendar 2007..aku suka wallet calendar nie, time meeting nak pilih tarikh senang sikit..selalu jea depa nie dalam meeting tertanya-tanya khamis depan hari mende, berapa hb..

Adik min : Letak gambar Conan? Kelakarnya..(senyum).
Aku : Laaa, Conanlah cantik..(aku tak mahu kalah).Nah amik satu..free of charge..(kataku bangga kerana dapat hasilkan wallet calendar sendiri..dah plan, balik umah nak bagi kat Usu satu, Ude satu..)
Adik min : Kak Dilla dah tahu saya bertunang..?
Aku : Haah.., bila? Tak tahu pung..
Adik min : Pas raya puasa ari tu..
Aku : Lama doh..ngan sape?
Adik min : Ngan 'tutttt...'
Aku : Ooo..kenal-kenal, orang kelantan,kan?
Adik min : Ya...hmm..,k dilla bila lagi?

Dalam hati "Apa yang bila lagi nie..? cewah, bt2 tak tahulah plak..hish..nak jawab pa nie..bantai jealah"

Aku : K dilla nie..,bukan saje bertunang, kahwin terusss bila tibaa.. masa,lah..

Baik aku blah b4 adik min nie tanya lebih-lebih..risau gak aku..

Doa semua muslimah :"Ya Allah..kurniakanlah daku seorang suami yang soleh, baik dan beriman yang mampu membimbingku ke arah jalan kebenaran."Amin..

SELAMAT HARI RAYA HAJI PADA SEMUA UMAT ISLAM TIDAK KIRA DIMANA ANDA BERAYA..samaada di dalam air(banjir) ataupun di mana saja kondisi anda, besyukurlah kerana dengan musibah yang menimpa kita, sebenarnya Allah telah mengampun dosa-dosa kita yang lalu..Thank you, Allah..

Pesanan untuk Usu : Dahlah tu Usu, sampai bila nak duduk sini(mestilah sampai projek siap,kan..Usu), baliklah rumah..dah dekat nak raya nie..sahabat-sahabat semua mintakd doakan agar projek adikku nie siap cepat,maka bolehlah dia balik bercuti seperti orang lain..Amin).

No comments: