Sunday, February 20, 2011

KOMPLOT KE GUA BATU

19 FEBRUARI 2011 ( 2700 )
DI RUMAH NORMAH

Bunyi alunan lagu 'Pergilah Ayu' dendangan kumpulan Fabulous Cat dari handset mengejutkan Normah. Laptop yang sedang digunakannya ditolak ke tepi.
" Hello..", Normah berhati-hati.
" Cepat datang ke mari, polis tangkap Norman..", perlahan suara ibu Normah seolah-olah berbisik.
Secepat kilat Normah bangun dari katil dan mencapai tudung.
" Normie..bangun, ma suruh kita gi kedai. ", Normah mengetuk pintu bilik adik bongsunya.
" Arghh..malaslah, orang tengah tidur ni! ", Normie marah tidurnya diganggu.
Normal sebal dengan sikap adiknya yang tidak mahu bekerjasama.
" Bodoh punya orang ! Tak pernah tengok cerita Wonderpet ke ? ", gerutu Normah dalam hati.

Normah menunggang motosikal ke kedai ibunya. Bunyi enjin motosikal Normah yang seperti bunyi enjin motobot memecah keheningan. Sewaktu Normah hampir dengan Pejabat Pos dia ternampak 4-5 orang pakcik-pakcik duduk melepak. Normah mengagak mereka adalah ahli Rukun Tetangga. Pakcik-pakcik yang berada di situ hairan melihat seorang gadis menunggang motosikal tidak berlampu menggalas beg pada pukul 3.00 pagi.

" Mesti pakcik-pakcik tu ingat aku ni lari dari rumah..", Normah tersenyum.

19 FEBRUARI 2011 ( 2715 )
DI KEDAI IBU NORMAH

Ibu Normah membuka pintu kedai apabila nampak Normah datang menaiki motosikal cabuknya.
" Ce cite..ce cite..", tanpa sempat menarik nafas Normah terus bertanya.
" Ma tak sedar pun bila masa polis-polis tu masuk ke dalam kedai..", ibu Normah memulakan cerita.
" Ma tersedar bila rasa silau cahaya lampu suluh. Tengok-tengok Norman dah di gari. Ma rasa dia tak tidur lagi masa polis datang. Mungkin dia dengar bunyi bising kat belakang, dia gi tengok, terus kena pegang dengan polis. ", cerita ibu Normah.

" Camne reaksi Norman, ma ?
" Dia senyap jea, tak kata apa pun. "
" Ma, Normah rasa kasihan pula bila dia jadi macam ni ..", Normah sayu.
" Biarlah, Nor..ini untuk kebaikan dia jugak.", ibu Normah menenangkan Normah.

18 FEBRUARI 2011 ( 1030 )
DI KEDAI IBU NORMAH

Tiga kali bunyi nada dering lagu 'Pergilah Ayu ' bergema. Normah hanya melihat nama yang tertera, dengan tenang dia menaip mesej. Sebenarnya dia cuba berlagak tenang.

" Sila mesej saya, adik saya ada di sebelah. "
" Ok, kejap lagi kita jumpa. " Balasan mesej.
Normah menjeling ke arah adiknya, Norman yang leka menonton cerita 'Spider-man' lakonan Tobey Macguire dan Kristen Dust.

" Ma, Nor nak balik dah ni. Lagipun si Normie pesan belikan nasi lemak untuk dia.", Normah mula mencari alasan untuk keluar dari kedai.
" Tidurlah kat sini, Long..",Norman mengajak Normah.
" Bukan aku tak mahu tidur kat sini tapi kesian pulak kat si Normie tidur sorang-sorang kat rumah. Takpelah, kau tidurlah dengan ma kat kedai ni.
" Long, kalau ada orang tanya aku ada kat mana ? Mu jawab mu tak tahu aku ada kat mana. Jangan bagitau siapa-siapa pun aku tidur kt sini, neh ..", Norman semacam merayu.
" Ok." Normah berlalu pergi.
Adakah pengkhianatan ini akan dimaafkan ???!!!

bersambung...

No comments: