Monday, February 21, 2011

NAK JADI MACAM HENRY FORD







Ada beberapa alat yang aku nak reka tapi tak pandai. only got the idea.



1- Rokok Penyelamat - okay, memandangkan rokok-rokok yang ada kat pasaran membahayakan kesihatan, so aku nak cipta rokok yangmana kandungan dalam rokok selamat. Mesti risau rasa tak sama cam rokok sediaada,tapi haa itu tugas saintis nak buat acuan dier.



2- Penapis Kentut Lembu - kat New Zealand, kalau lembu kentut tuan dier kena saman,so aku berpendapat kalau dapat cipta satu penapis kentut lembu ygmana akan menukarkan gas metana + carbon dioksida (=kentut lembu) kepada oksigen. Makanya tak ada lagi udara tercemar. Cool tak ?!! Boleh imagine dah..

3- Sut Renang - Seksa sangat tengok penyelam duk angkut tangki gas oksigen sewaktu menyelam. Bukannya ringan, berat tuu..lam 8 kilo lebih kurang. So, ideanya sut renang tu kita reka satu saluran yang mana dapat menukarkan air kepada oksigen. Dapatlah di sedut oleh penyelam. Nak duk lama dalam laut pun takpe, tak perlu risau tentang kehabisan gas. ( Air = H2O --> O ). Macam mana nak buat, saintis jugak yang kena pk.

why aku nak jadi cam Henry Ford, sebab masa zaman die ni, dia ada duit n idea tapi tak tahu camne nak operasikannya iaitu penciptaan 8 blok enjin. So, dia upah para saintis, walaupun makan masa selama 1 tahun lebih. Walaupun saintis said no, die tetap paksa sampai ianya betul-betul menjadi.

No comments: