Thursday, June 18, 2009

Kes buli di sekolah aku..




Tak sangka betul, kat sekolah aku ngajo ni terjadinya satu kes buli yang amat teruk. Pelajar yang kena buli tu (tingkatan 1) dimasukkan ke hospital kerana telah menelan antibiotik (banyak) berikutan tertekan dibuli oleh pelajar-pelajar lain.

Pelajar yang dibuli ialah Aiman dari tingkatan 1S2. Pelajar tersebut merupakan ketua kelas dan menurut pandangan aku, dia seorang pelajar yang baik dan tak banyak cakap. Tapi tulah, yang menghairankan dia dikatakan mencuri handset pelajar tingkatan 5.

Bila pelajar lain dapat tahu, especially tingkatan 6 , mereka telah memanggil kesemua pelajar lain untuk memukul Aiman. Ada yang pukul dengan penyapu, kasut, yang terajang, tumbuk dan sebagainya.

Kerana tertekan, Aiman telah mengambil antibiotik untuk membunuh diri. Ya ke membunuh diri? Tu ayat warden, Kak Ira. Nasib baik tak ambil pain killer, kalau tak out terus. Nauzubillah...

Kebanyakan guru yang terlibat seperti warden dan pihak pengurusan berada dalam keadaan tertekan sekarang. Tu belum lagi masuk kes parents nak jumpa pengetua sebab warden tindih dan tonyoh kepala sewaktu rampas handset. Pengetua pulak hari ni bad mood gila. 7.15 pagi tadi dah tunggu kat pintu pagar sekolah. Nasib baik aku awallah jugak. Pengetua yang ada angin kus-kus ni, jangan buat main.

Semoga kes-kes yang banyak berlaku ni, dapat diselesaikan dengan baik. Amin..

No comments: