Thursday, June 25, 2009

Diet dengan Sepenuh Hati

Dulu aku cuba untuk berdiet tapi tak berhasil Begitu sukar untuk meninggalkan makan-makan. Tapi kali ini aku nekad untuk berdiet supaya aku dapat tampil menawan di hari yang bahagia. Aku rasa semua perempuan kat muka bumi ini berfikiran seperti aku tang bab ni.

Sebenarnya aku tak berapa percaya dengan hasil diet ni. Ialah seksa bukan main sewaktu berdiet tapi yang turun hanya 1 kg, 2kg...tak cukup2x..malas betul, tak kurus-kurus jugak. Tapi ramai dah customer my mom yang selalu datang kedai yang dulu big size sekarang fullamak ramping ooo...Rahsianya, kate merekalah,kan, JANGAN makan malam. Insyaallah dalam masa 3 bulan, nampak perubahan. Aku pun cuba, tapi aku tak puas hati one way only.

Hari Rabu baru ni, masa takde kelas, aku pergi baca newspaper kat bilik kaunseling. Terpandanglah satu berita yang best. Melly Goeslow berjaya menurukan berat badan sebanyak 12 kg dalam masa 3 bulan sahaja. Woow...The secret is :
1) TIDAK MAKAN NASI
2) Exersice

Syarat yang pertama tu cam berat jea...Tapi demi tapil anggun dan menawan di hari bahagia aku redah jugak dengan sepenuh hati..Masuk hari ni, dah 2 hari aku tak jamah nasi. Aku juga nak gi MYDIN MALL cari tali skipping dan alat senaman lain.

Tadi kat makmal sains, sambil tunggu students datang untuk experiment, sempat lagi aku baca majalah Mingguan Wanita. Dapatlah sikit tips untuk turunkan berat badan.

Amalkan :
1. makan buah-buahan/ sayur-sayuran
2. minum air kosong 8 gelas sehari
3. selalu minum jus

Elakkam :
1. gula, daging, minuman berais dan berkarbonat, roti canai dan nasi lemak.

No comments: