Sunday, April 11, 2010

Hidup PJK-Pendidikan Jasmani & Kesihatan



Aku sekarang adalh cikgu PJK. Subjek paling tak penting bagi sesetengah orang, tapi bukan bagi aku. Setelah puas mengajar sains, matematik, Bahasa Inggeris dan sivik, aku beralih pula pada subjek yang macam tak sesuai untuk tubuh aku.

Tapi yang tersiratnya, aku dahlah tengah planning nak kuruskan badan. Dapat pula subjek PJK, apalagi aku berPJlah dengan sesungguh hati. Cikgu-cikgu lain selalu puji aku kerana bersungguh, dahlah pakai baju PJK lengkap, sama-sama turut serta berPJ. Padahal diorang tak tahu aku ada motif lain..Seronok giler dapat buat apa yang kita suka, malahan kita dibayar pulak tu. Cam aku ni, aku memang nak bersenam, gaji tetap berjalan. Bak kata Azizi Ali, "sambil menyelam minum air." Aku dah nampak apa yang Azizi Ali maksudkan.Azizi Ali dulu kerja sebagai juruterbang, yang bestnya dia dapat melancong ke seluruh dunia, sedangkan dia dibayar untuk hobinya itu.