Friday, April 9, 2010

SIDI ingin jadi manusia kembali...


Syukur alhamdulilah pada Allah Yang Esa kerana mengabulkan doa hamba-hambaNYA. Akhirnya, adikku kembali ke pangkal jalan setelah berbelas tahun bergelumang dengan najis dadah. Macam mana dia dapat turning point dalam hidupnya, tak dapat aku pastikan.Adakah kerana abangku di Kuantan (berusia 3o tahun lebih dengan 3 anak) meninggal kerana HIV baru-baru ini? Adakah kerana dia tak mahu lagi kembali ke Pusat Serenti setelah 2 kali menjadi penghuni di sana ? Adakah kerana kami beradik yang lain tak sudi memandang wajahnya yang kusam itu ?

Yang pasti Allah telah membuka mata hatinya dan hidayah telah sampai padanya. Syukur Ya Allah...Engkau telah menghapuskan airmata ibuku selama ini..

No comments: